SINOPSIS
Keluarga Gerilya , sebuah novel Indonesia lama yang
ditulis Pramoedya Ananta Toer . Diterbitkan oleh PT Pembangunan Jakarta pada
tahun 1955. Jumlah halaman 239 yang terdiri dari 13 bab . Setiap bab
menceritakan babak cerita , dimulakan dengan
Saaman diculik hingga kematian Saaman . Pram mengambil masa selama 3 hari 3 malam bagi menyiapkan novel ini .
Sinopsis
Amilah,
seorang wanita tua, duduk di ruang tamu di rumahnya di Jakarta menanti anak
tersayangnya , Saaman . Dia dihampiri oleh anak keempatnya , Salamah. Salamah
minta izin untuk bekerja bersama adiknya , Patimah , agar dapat menyara
keluarga kerana Saaman sudah tiga bulan tidak pulang selepas ditangkap polis
tentera . Dengan kasar Amilah menolak , lalu Salamah pergi termenung , memberi tahu
Patimah reaksi ibu mereka.
Salamah
termenung , teringat pada waktu abangnya diculik . Dalam bayangan Saaman pulang
dari kerja , keletihan . Setelah tidur dan mandi , Saaman membantu adik -
adiknya dengan kerja sekolah dan nasihat sehingga ada yang mengetuk pintu .
Ketika pintu terbuka , sekumpulan polis tentera masuk , menangkap Saaman dan
menanyakan saudara gerila lain , Canimin dan Kartiman. Setelah teringat pada
kejadian yang malang ini , Salamah pun tertidur .
Di
waktu yang sama , empat puluh kilometer dari Jakarta Canimin dan Kartiman duduk
, terjaga di baris depan . Kartiman berkata kepada kakaknya , mengakui bahawa
dia merasa tidak akan melihat satu pun fajar merah lagi dan dia terhantui oleh
ayahnya , yang telah ditembak kerana bekerja untuk Belanda . Canimin berusaha
untuk menenangkan adiknya , tetapi Kartiman tetap bimbang . Menjelang subuh ,
Canimin dapat khabar bahawa akan ada konvoi NICA yang akan dating.
Canimin
membuat rancangan untuk menyerang konvoi ini , dan menyiapkan askar - askarnya
. Ambush ini berjaya , tetapi Kartiman kena peluru . Sebelum Kartiman meninggal
dunia , dia mohon kakaknya untuk menjaga isterinya dan adik - adik mereka .
Akhirnya , perasaan Kartiman terbukti benar dan dia meninggal sebelum matahari
terbit .
Di
Jakarta , Amilah masih terjaga menanti Saaman sambil membayangkan kekasih
pertamanya , Benni , seorang Manado . Tiba - tiba dia tersedar apabila ada
ketukan di pintu . Amilah mendekati pintu dan bertanya siapa ada di sana.Tetamu
di pagi buta itu tidak mahu menjawab sehingga diizinkan untuk naik ke rumah ,
namun akhirnya mengakui dia ialah " Sarsan Kasdan . "
Sarsan
Kasdan menceritakan tentang dirinya sendiri dan kepentingannya dalam kerajaan
Belanda , lalu menyatakan bahawa dia membawa mesej dari Saaman . Menurutnya ,
Saaman akan dibebaskan pada siang hari jam dua . Amilah tidak mahu
mempercayanya , tetapi setelah diancam oleh Sarsan Kasdan akhirnya Amilah diam
. Amilah disuruh menghantar Salamah atau Patimah untuk menjemput Saaman di
tangsi pada pukul dua tengah hari .Curiga, Amilah mengusir Sarsan Kasdan tetapi
segera menyesal dan berlari ke jalan, memanggil “Sarsan Kasdan” bagai orang
gila. Namun, itu tidak membawa hasil. Amilah kembali ke dalam rumah di mana
anak-anak sudah mulai bangun tidur.Walaupun disuruh tidur oleh Salamah, Amilah
mengambil baju untuk dijual dan keluar untuk mengejar Sarsan Kasdan.
Salamah
bingung atas perbuatan ibunya dan merasa bahawa ibunya sudah mula hilang
ingatan . Namun , dia tidak ada kesempatan untuk memikirkan itu kerana
didatangi temannya , Hadijah , yang mahu menghantar dia dan Patimah bekerja .
Namun , kerana Salamah merasa bertanggung jawab atas adik - adik lain , hanya
Patimah yang diizinkan bekerja
Setelah
Hadijah dan Patimah berangkat , Salamah berusaha untuk membantu adik perempuan
lain, Salami dengan pelajaran . Namun , pelajaran itu terganggu kerana ada
tukang loak membawa adik lelakinya , Hasan . Hasan merosakkan sebuah wekker dan
disuruh oleh tukang loak menggantikannya dengan harga lima belas rupiah . Namun
, setelah melihat keadaan keluarga dan mengetahui bahawa kakak - kakak mereka
pada berjuang untuk kemerdekaan , tukang loak itu tidak sanggup dan memberikan
mereka sepuluh rupiah untuk membeli beras.
Pemikiran menurut Seri Lanang Jaya
Hj. Rohani et al. (2016: 69) menyatakan bahawa pemikiran bermula daripada idea
dan pengalaman yang dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti
untuk dijelmakan sebagai tema dan persoalan dalam karya yang pada akhirnya
menjadi buah fikiran yang bernas dan signifikan. Setiap pengarang mempunyai
cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya
menjadi mesej, mutiara dan permata karya. Oleh itu, setiap karya agung yang
dihasilkan memiliki pemikiran yang tersendiri. Begitu juga dengan Keluarga
Gerilya. Karya ini mempunyai pemikirannya yang tersendiri yang ingin
disampaikan oleh pengarang.
Pemikiran dalam Keluarga
Gerilya
i. Patriotisme
atau semangat cinta akan tanah air.
Ini merupakan pemikiran utama yang
terdapat dalam karya Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer ini.
Karya ini memperlihatkan masyarakat pada zaman tersebut yang memiliki semangat
yang sangat tinggi untuk mempertahankan tanah airnya. Mereka sanggup
diseksa, malah berkorban nyawa demi memastikan negara berada dalam keadaan yang
aman dan damai. Hal ini dapat dilihat dalam bab “Aku Tidak Jijik Melihat
Tuan”:
“Tuan tidak pernah lalu, bagaimana
satu keluarga hancur kerana mempertahankan tanahairnya. Hancur!
Hancur seperti serumpun bambu habis dimakan api. Tuan belum pernah lihat
betapa seorang nenek-nenek memanggul senjata mempertahankan tanahairnya.
Tuan pasti belum pernah melihat kanak-kanak dari tujuh tahun menggeranati
konvoi Inggeris, kerana ibu bapaknya dibakar-bakar hidup oleh apa yang
dinamainya musuhnya. Semua itu pernah ku lihat di sini – di Jakarta tahun
empat lima”.
(Halaman 157)
Berdasarkan petikan di atas, dapatlah
dilihat masyarakat pada waktu itu yang sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk
mempertahankan tanah air yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada
kanak-kanak mahupun orang tua.
ii. Kemiskinan
hidup.
Pengarang turut menyelitkan pemikiran
atau mesej kemiskinan hidup yang dialami oleh masyarakat pada ketika itu. Hal
ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:
“Rumah kajang yang didiami keluarga
Amilah itu tak nyata bentuknya oleh liputan kegelapan malam. hanya sinar
pelita minyak-tanah yang menerobosi lubang-lubang kajang jualah yang
menunjukkan pada orang lalu lintas bahawa di situ ada rumah – ada keluarga manusia”.
(Halaman
2)
“pelitanya menyala gelisah – pelita
sebagai pelita-pelita yang lain pelita yang melambangkan kemiskinan keluarga
manusia. Nyalanya merah-kuning. Dan semua bayangan dalam rumah itu
menggetar bila api itu dipuputi angin.
(Halaman 4)
Situasi ini menggambarkan kehidupan
masyarakat pada zaman itu majoritinya bergantung hidup kepada pelita untuk
menerangi rumah masing-masing. Hal ini menunjukkan masyarakat yang susah
dan miskin hidupnya.
iii. Kehidupan
masyarakat yang taat beragama.
Hal ini dapat dilihat menerusi watak
Canimin yang tetap berusaha berulang kali agar Kartiman menyebut kalimah Allah
di penghujung nafasnya, meskipun Kartiman tidak menurutinya. Hal ini
dapat dibuktikan melalui petikan dialog sebagaimana berikut:
“…dan dirangkulnya leher adiknya.
“Adikku, adikku, moga-moga engkau diampuni oleh Tuhan. Sebutlah, adikku,
sebutlah: Alla-hu-akbar-Tuhan mahabesar. Sebut adikku!”
Tapi kekuasaan alam lebih kuasa
daripada pelukan manusia.
“Mukamu – mana mukamu?”
“Ini. Alla-hu-akbar. Sebut, adikku!
Engkau pahlawan. Sebut! Ratni anak baik. Dia mesti ku urus. Jangan khuatir.
Kopral Canimin selalu bersedia memenuhi janjinya. Sebut adikku, sebut:
Alla-hu-akbar.”
(Halaman 50)
Berdasarkan petikan di atas, jelas
terpancar watak Canimin yang sangat menekankan kehidupan yang taat pada
agama. Beliau berusaha sedaya upaya untuk membantu adiknya, Kartiman agar
berupaya menyebut kalimah tersebut di akhir hayatnya.
iv. Ketaatan
seorang anak terhadap ibunya.
Mesej ini dapat dilihat daripada
watak Salamah yang sedaya upaya untuk menjaga hati ibunya, walaupun dia tahu
bahawa ibunya selalu mencari kesalahan dirinya. Walau bagaimanapun,
sebagai seorang anak yang baik, dia cuba untuk menasihati ibunya. Hal ini
dapat dibuktikan melalui petikan berikut:
“Mak, katanya, “Kak Aman bilang
padaku, bahawa aku harus menghormati dan menghargai orang tua – menghormati dan
menghargai emak. Mak, kalau bukan anak-anakmu sendiri yang berbuat
begitu, siapakah yang akan berbuat begitu? Siapa lagi orang di dunia ini yang
sudi? Siapa? Tapi pada kami emak masih juga marah-marah saja. Emak selalu
memaki-maki. Kami selalu menerima kemarahan dan cacian itu dengan
kesedihan yang terlalu menyengsarakan. Pada orang lain emak tak bias berbuat
begitu. Kalau emak berbuat juga, emak mencari musuh. Emak, engkau
selamanya mencari musuh. Di mana saja setahuku”.
(Halaman 10)
v. Tanggungjawab
seorang anak.
Pemikiran atau mesej ini turut dapat
dilihat menerusi watak Salamah. Sebagai anak yang paling tua selepas
ketiadaan abangnya (Sa’aman), Salamah berasa bertanggungjawab untuk menyara
keluarganya meskipun ibunya tidak mengizinkannya. Hal ini dapat dilihat melalui
petikan di bawah:
“Emak, aku ingin sekali melaksanakan
apa yang sudah dikatakan dan dijalankan oleh Kak Aman – adik-adik harus
disekolahkan terus. Dan aku sangggup. Aku tamatan sekolah rakyat. Aku bisa
baca-tulis. Dan aku bisa juga bicara Belanda. Dan selama ini Kak Aman turut
mengajar aku juga. Mengapa aku takkan sanggup membelanjai keluarga kita? Hanya
saja aku tak punya pakaian. Tapi pakaian bagus tak begitu perlu untuk kerja di
bagian menempelkan etiket dan melipat kertas. Kawanku si Jaja sudah
menjanjikan. Atau aku kerja saja di pabrik sabun? Asal emak memberi izin-Mak,
berilah aku izin. Izin saja, mak?”
(Halaman 11)
Salamah berusaha sedaya upaya untuk
menyara kehidupan mereka sekeluarga setelah abangnya Sa’aman ditangkap oleh
pihak Belanda. Selain itu, Salamah juga merasa bertanggungjawab untuk
menanggung persekolahan adik-adiknya yang lain. Justeru, dia tekad
mencari dan keluar bekerja, meskipun ibunya tidak membenarkannya. Salamah
tetap nekad untuk keluar mencari kerja walaupun ibunya, iaitu Amilah tidak
mengizinkannya kerana menurutnya, kerja yang dilakukannya itu tiada salahnya,
malah menjadi satu keperluan untuk mereka sekeluarga.
vi. Pembelotan
terhadap tanah air sendiri.
Hal ini dapat ditinjau melalui watak
Paijan, iaitu bapa kepada Kartiman, Canimin, Sa’aman dan adik-adiknya yang lain
telah berkhidmat dengan pihak musuh, iaitu Nica yang merupakan pasukan musuh
Belanda. Buktinya boleh dilihat berdasarkan petikan di bawah:
“Inggeris mendarat. Nama Nica ribut
disebut oleh tiap mulut. Disebut oleh anak-anak, oleh orang dewasa. Oleh orang
tua, oleh bayi-bayi yang sedang belajar bicara. Nama itu tak ubahnya dengan
nasi yang teramat sulit di waktu itu. Dan sebulan sesudah itu pertempuran mulai
mengamuk di seluruh kota Jakarta. Dan pada suatu hari-hari yang takkan bisa ia
lupakan – bapaknya, Kopral Paijan, pulang ke rumah. Ia diantarkan oleh truk dan
banyak barang dibawanya dengan truk itu.”
(Halaman 40)
Disebabkan Paijan ini membelot dan
berada di sebelah pihak musuh, maka dia telah diberikan ganjaran yang berupa
harta benda yang sangat banyak. Justeru, Paijan berasa sangat gembira dan
bangga dengan pangkat yang diperolehinya daripada pihak Belanda tersebut.
Secara keseluruhannya, karya Keluarga Gerilya ini mengisahkan tentang
perjuangan sekelompok masyarakat yang ingin mempertahankan tanah air daripada
dicemari tangan pihak musuh, iaitu pihak Belanda.
ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN DALAM KELUARGA GERILYA
Apabila membicarakan tentang sesebuah karya sastera, kita tidak
dapat lari daripada memperkatakan tentang konsep estetik yang wujud dalam
sesebuah karya sastera itu. Estetik atau keindahan dalam sesebuah karya sastera
hanya ditemui melalui penilaian dan penghayatan. Perkataan estetik berasal
daripada perkataan Yunani, iaitu “aesthesis” yang membawa makna kepekaan.
Istilah ini memberi tumpuan hanya kepada hal-hal yang bersangkutan dengan
ungkapan indah. Keindahan puisi ialah memiliki makna yang kuat, padu dan teguh
yang disampaikan secara eksplisit atau implisit dengan bahasa yang sesuai dan
sederhana. Dalam prosa pula menggambarkan pengalaman kehidupan, yang asli atau
realiti, berunsurkan kesuraman.
Pengarang
juga turut menggunakan beberapa contoh unsur bahasa yang indah dalam setiap
perincian huraiannya. Antara contoh seni bahasa yang sering digunakan dalam
teks penulisan ini ialah metafora, personifikasi, simile, hiperbola, simbolik,
repetisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam teks penulisan bagi
menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud cerita yang cuba disampaikan oleh
pengarang. Dalam novel Keluarga Gerilya, juga terdapat beberapa penggunaan
bahasa yang indah bagi memberi keindahan kepada jalan cerita novel ini.
Antaranya ialah:
1.
Hiperbola
Hiperbola merupakan
sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada
maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan
perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Hiperbola mampu menekankan sesebuah
penerangan dengan lebih mendalam. Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam
novel ini ialah:
“Engkau
kan ada Lee Enfield?” terdengar kopral itu memberanikan.“Baik-baik sekali! Aku
suka kalau adikku sendiri yang memecahkan tempurung otakku. Aku toh
sudah tercat, Maman!.
(Halaman
37)
2. Simile
Simile
merujuk kepada perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang menggunakan unsur-unsur
perlambangan dan ditandai dengan bak, laksana, seperti, bagai, umpama dan
sebagainya. Sebagai contohnya dapat dilihat dalam contoh petikan berikut:
Kemudian ia diam lagi dan mulutnya
berkecumik seperti berkata-kata pada Sa’aman.
(Halaman 80)
3.
Anafora
Menurut
Corbett dan Connors dalam buku Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris (2012)
juga, anafora merujuk kepada pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan
perkataan pada permulaan klausa yang berurutan. Contohnya seperti berikut :
Malam sudah sepi sekarang. Bulan tidak
timbul. Dan harapan pun tidak menyala. Harapan telah lama mati
dari keluarga manusia itu. Dan sekiranya masih ada, maka itu
adalah harapan yang membuta-tuli. Dan tak ada kabar yang
datang.
4.
Sinkof
Sinkof
boleh didefinisikan sebagai penyingkatan sesuatu perkataan. Contoh penggunaan
sinkof dalam novel ini, tak, saja, kak, ku, yang sepatutnya tidak, sahaja,
kakak, aku. Contohnya ialah:
“Jadi tak belanja kita
sekarang, kak?”
“Belajarlah saja.”
“Kertas tulisku sudah habis.”
“Baca saja. Tak usah
menulis.”
(Halaman 80)
5.
Personifikasi
Personifikasi
dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan. Personifikasi membawa maksud
tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada daripada segi perasaan,
perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau
hal-hal yang abstrak. Tamsilannya, ia dapat dilihat menerusi petikan di bawah:
Tenang dan aman api
dapur menjilati pantat periuk nasi.
(Halaman 81)
6.
Metafora
Metafora
pula merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan
kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Metafora ialah
perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh nampak) dengan kata abstrak
(tidak boleh nampak). Misalnya adalah:
Kadang-kadang aku merasa kesepian dan
ketakutan pada malam dan pada hari depan kalau aku toh harus mati di
bawah langit putih dan tak ada azan meniupi kupingku.
(Halaman 92)
Terutama kalau hujan kecil turun, dan dingin
– aku rasa tangan maut sudah meraba kakiku.
(Halaman 93)
Berdasarkan
novel ini juga, kita dapat mengetahui teknik-teknik kepengarangan yang
digunakan oleh pengarang. Antara ciri-ciri kepengarangan yang terdapat dalam
novel Keluarga Gerilya adalah seperti berikut:
1.
Pengalaman Sebenar
Hasil
penulisan novel ini berkisarkan kisah hidup dan pengalaman sebenar pengarang.
Oleh itu, hasil penulisan beliau lebih bersifat nyata, hidup dan berkesan
kepada para pembaca. Tulisan yang dihasilkan oleh pengarang banyak menyentuh
jiwa dan perasaan bukan sahaja kepada pengarang, malahan juga kepada pembaca.
Hal ini demikian kerana, berkemungkinan ia disebabkan oleh pengalaman pengarang
sendiri yang sudah berkali-kali dipenjarakan. Hasil penulisan yang dihasilkan
juga lebih banyak menceritakan tentang sesuatu perkara yang benar-benar terjadi
pada zaman pengarang. Penceritaan yang dihasilkan ini akan memberikan keindahan
kepada jalan cerita ini. Misalnya yang digambarkan oleh pengarang ialah
kehidupan di bawah penguasaan penjajah dan pada zaman peperangan.
2.
Menggambarkan Seorang Pengarang yang Kuat dan Tabah
Novel
Keluarga Gerilya yang dihasilkan oleh pengarang ini jelas menggambarkan
keutuhan dirinya sendiri dalam keadaan yang dihadapinya. Hal ini dapat dilihat
menerusi gambaran watak utama yang dinamakan Sa’aman untuk menggambarkan
perwatakan sahabat karibnya sendiri, iaitu Wahab. Pengarang juga kuat dan tabah
dalam memerihalkan dan mengulas satu persatu perwatakan Wahab dalam gambaran
Sa’aman berserta dengan segala kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh
mereka sepanjang hidup bersama.
Mereka selalu bersama dalam apa jua yang dilakukan. Sehinggalah Wahab akhirnya
dihukum mati oleh Belanda. Keadaan ini benar-benar menguji kekuatan dan ketabahan
beliau untuk mendepani hari-hari yang berlalu. Kehilangan orang yang tersayang
betul-betul mencabar tahap kemanusiaannya sehingga beliau banyak mengurungkan
diri. Kehidupannya seolah-olah terhenti kerana tunjang kekuatannya sudah tiada
lagi di sisinya. Sepanjang tempoh berkurung itu, pengarang banyak menulis
mengenai Wahab, dan empat minggu berikutnya, maka terhasillah ‘Keluarga
Gerilya’ ini.
3.
Olahan Jalan Cerita
Pengarang
novel ini bijak mengolah jalan cerita ini sehingga ia kelihatan menarik dan sering
kali mendapat tempat di hati pembaca. Pramoedya bijak mengolah jalan cerita dengan
mengaitkan serba sedikit berkaitan dengan pengalaman hidup sebenar, yang
betul-betul berlaku pada saat dan ketika itu. Plot atau kronologi penceritaan
juga dihuraikan dengan baik, bermula daripada kisah tragis yang berlaku dalam
sesebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan
negara. Korban nyawa, korban masa depan, korban ayah dan korban segalanya.
Ayahnya dibunuh kerana menjadi tali barut Belanda. Ibunya pula hilang akal
kerana mengenangkan nasib anak-anak. Anak-anak lelaki semuanya berjuang
menyertai revolusi kemerdekaan. Anak perempuan tidak bersekolah dan
mencari kerja kerana mereka kehilangan sumber pencarian untuk menyara kehidupan.
4. Penggunaan
Unsur-Unsur ‘Tricky’
‘Tricky’
didefinisikan sebagai helah atau pedaya. Pengarang memperlihatkan
susunan perkataan yang cukup indah dan terperinci untuk setiap babak yang
dihasilkan. Kematangan dalam mengolah sesuatu plot atau jalan cerita menjadikan
karya-karya Pramoedya sangat unik dan berkesan kepada pembaca sehingga sukar
untuk mencari kekurangan dalam pengolahan idea beliau. Begitu juga dengan
cerita yang dikarang oleh pengarang ini menerusi watak si ibu, iaitu Amilah
yang pada permulaan cerita tidak dapat dikesan tentang ketidakwarasannya.
Selain itu, unsur ‘tricky’ ini juga hadir dalam cerita mengenai baju kebaya
Salamah, iaitu anak perempuan sulung Amilah yang dikatakan hilang apabila
Salamah meletakkan bajunya di penjuru katil sebelum dia ke bilik air untuk
membersihkan diri. Baju tersebut dikatakan hilang apabila dijual oleh ibunya,
Amilah kerana ingin membeli peralatan dapur bagi memasak lauk kesukaan anak
kesayangannya, Sa’aman. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur ‘tricky’ yang
digunakan oleh pengarang dalam bahagian-bahagian yang lain.
Teknik kepengarangan yang begitu unik dan indah inilah menjadikan jalan cerita
ini kelihatan indah dan menimbulkan tanda tanya dalam diri pembaca akan situasi
yang bakal terjadi selepas itu. Keupayaan dan keistimewaan hasil penulisan yang
dimiliki oleh pengarang ini, iaitu Pak Pram jarang-jarang dimiliki oleh
pengarang lain. Keadaan inilah yang telah menjadikan karya Pak Pram mendapat
perhatian daripada ramai pembaca.
5.
Memasukkan Nilai Keagamaan
Seperti
yang kita sedia maklum, nilai keagamaan sangat penting dalam kehidupan ini.
Agama dapat dijadikan landasan yang baik dalam kehidupan manusia. Walaupun pada
permulaan cerita ini sudah diceritakan betapa negatif watak yang ditonjolkan
oleh si ibu, iaitu Amilah yang garang terhadap anak-anak dan pernah menjadi
perempuan tangsi. Namun begitu, pengarang tidak terlupa memasukkan nilai
keagamaan dalam jalan cerita ini. Hal ini dapat dilihat melalui watak Sa’aman
yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya dan tidak lupa untuk memohon
pertolongan daripada Tuhan. Selain itu, dalam cerita ini juga diceritakan
tentang watak Canimin dan Kartiman yang selalu memohon ampun daripada Tuhan
atas segala dosa-dosa mereka. Situasi ini dapat dilihat melalui contoh petikan
berikut:
“-dan bila aku kembali kepadaMu, “Kartiman
menyambung permohonannya, seakan-akan Tuhan betul-betul ada di depannya, “dan
bila Engkau tak sudi mengampuni makhlukMu ini, aku rela juga bila jiwaku
tinggal terliputi dan terperciki darah musuh yang ku binasakan….
(Halaman
38)
6.
Teknik Imbas Kembali
Dalam
novel ini juga, terdapat teknik imbas kembali apabila Salamah terkenang semula
peristiwa abangnya Sa’aman yang ditangkap oleh polis militer. Hal ini
digambarkan seperti berikut:
Sa’aman pulang dari kerja dalam kepenatan.
Setelah tidur dan mandi, Sa’aman membantu adik-adiknya membuat kerja sekolah
dan memberi nasihat dan tiba-tiba ada ketukan di pintu. Ketika pintu terbuka,
sekelompok polis militer masuk, menangkap Sa’aman dan menanyakan saudara
gerilya lain, Canimin dan Kartiman. Setelah teringat pada kejadian yang malang
ini, Salamah pun tertidur.
NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP
Antara nilai budaya yang terdapat dalam
novel “ Keluarga Gerilya” ialah pengorbanan. Pandangan hidup masyarakat dalam “
Keluarga Gerilya” lebih mengutamakan kepentingan masyarakat dan negara daripada
kepentingan diri. Nilai inilah dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Karya
ini menggambarkan semangat bangsa Indonesia yang rela berkorban dan menderita,
khususnya dalam perjuangan revolusi. Sebagai contoh, watak Sa’aman sebagai
pelopor yang mengadakan gerakan di bawah tanah sejak aksi polis yang pertama.
Akhirnya, dia ditangkap polis tentera Belanda. Akibatnya, keluarganya yang
terdiri daripada ibunya dan semua adiknya menderita kerana sudah kehilangan
orang yang mencari nafkah hidup mereka. Canimin dan Kartiman, kedua-dua adik
Sa’aman bukan sahaja sudah menjadi perajurit Gerilya di barisan hadapan, tetapi
juga telah membunuh bapa mereka kerana dia sanggup menjadi pengkhianat dan
penghalang kepada perjuangan merdeka. Penderitaan mereka bertambah buruk
setelah Amilah, ibu mereka menunjukkan gejala sakit jiwa. Selepas itu, Kartiman
dan Canimin pula gugur dalam medan pertempuran, sementara Sa’aman dijatuhi
hukuman mati.
Selain itu, nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Pandangan
hidup Samaan menjelaskan bahawa melalui
kekuatan rohani mampu menjadikan seseorang individu yang tertawan itu terus
‘bebas’ dan tabah menjalani kehidupannya. Kehidupan dalam penjara akhirnya
menjadi lokasi terpenting perjuangan Sa’aman. Meskipun secara fizikal diri
Sa’aman telah dipenjara, namun dua lagi unsur penting kejadian seorang insan,
iaitu rohani atau ‘spritual’ dan minda atau intelektual terus bebas. Keadaan
ini jelas kelihatan sepanjang penjalanan hidupnya di dalam tahanan. Keadaan
Sa’aman yang tenang dan tabah dalam menanti saat genting, saat untuk menerima
hukuman mati yang perlu dilaluinya, menggambarkan keaslian dirinya, seorang
yang memiliki rohani yang kuat. Kisah tragis sebuah keluarga pejuang
kemerdekaan Indonesi menentang Belanda di Daerah Merdeka dan mereka terpaksa
mengorbankan segala-galanya demi sebuah kebebasan. Kepentingan erti kehidupan
mereka yang lebih menghargai sebagai sebuah keluarga pejuang kemerdekaan.
Di samping itu, nilai kemanusiaan dalam watak-watak “Keluarga Gerilya”.
Watak-watak penting yang telah berjaya digambarkan oleh pengarang dengan jelas
dan mesej tentang kemanusiaan.. Dari segi peribadinya, kemuliaan hati nurani
Sa’aman pernah diakui oleh seorang perajurit, ia boleh dilihat sebagaimana
contoh berikut:
“... Sudah lama aku bergaul dengan Kak Aman, setidak-tidaknya
aku kena pengaruhnya. Dan dia begitu baik. dan dia banyak berfikir...”
(Halaman 30)
Namun demikian, Sa’aman juga terpaksa mengorbankan nilai kemanusiaan, iaitu
dengan melibatkan diri dalam pembunuhan bapa tirinya, iaitu Kopral Paijin bin
Suto. Perkara ini yang dipaksanya sendiri untuk menjalani kekejaman dan
pembunuhan agar orang yang ada di bumi yang dipijak ini tak perlu lagi
melakukan seperti itu untuk meneruskan kehidupan mereka. Walaupun Sa’aman
seakan menyesal dengan perbuatannya membunuh bapa tirinya, namun jauh di sudut
hatinya perbuatan yang dilakukan adalah demi bangsanya dan dia yakin bahawa
itulah perkara yang terbaik yang telah dilakukan terhadap tanah airnya. Kita
melihat pandangan hidup seorang insan sanggup berkorban nilai kemanusiaan demi
menegakkan kebenaran dan keadilan.
Selain itu, penderitaan yang ditanggung oleh Sa’aman terutama apabila
mengenangkan adik-adiknya dan juga ibunya, terdapat ada satu nilai yang besar
padanya. Nilai dalam penderitaan inilah yang menjadikan dia terus kuat untuk
mengharungi kehidupannya dalam penjara sehingga sanggup menolak tawaran Van
Keerling untuk lari dari penjara kerana bagi Sa’aman takdir telah ditentukan
padanya untuk berjuang meskipun secara tertawan.
Nilai ini telah mempamerkan sifat harga
diri Sa’aman yang begitu tinggi sebagai seorang yang jelas tentang tujuan dan
makna dalam hidupnya Sa’aman mampu memberi senyuman dan hanya berterima kasih
atas pelawaan tersebut dan dia menegaskan bahawa itu bukan keputusannya. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa penderitaan itu mengajar dan mendidik diri kita
agar menghargai erti sebuah kehidupan.
Matlamat hidup Sa’ aman sebagai seorang perjuang. Dia menyatakan bahawa,
“... Apabila orang telah tekad
berjuang, bejuang untuk tanahairnya dik Imah, dia sudah bersumpah. Dia sudah
tekan kontrak pada tanahairnya...’ Sa’aman meneruskan lagi luahan hatinya;...
“Semua orang yang benar-benar bermaksud berjuang, ya mereka itu sudah
bersedia... bersumpah menyerahkan jiwa dan raganya...”
(Halaman 133)
Misi dan matlamat hidup Sa’ aman sebagai pejuang untuk kebebasan begitu
jelas meskipun perjuangan secara sulit yang dipilihnya. Hal ini adalah kerana
dia amat diperlukan untuk menyara kehidupan keluarganya. Hal ini menunjukkan
pandangan hidup beberapa orang watak dalam novel ini sanggup berkorban
segala-galanya dan sanggup berani mati demi memperjuangkan bangsa dan negara.
Kepentingan ilmu juga ditekankan dalam novel
“Keluarga Gerilya” ini. Sa’aman menasihati adik-adiknya menerusi surat yang
dihantar kepada mereka:
“... Yang penting dalam hidupmu, adik-adik
ku, bukanlah didikan yang kau terima dari orang. Ini harus kau ingat-ingat!
Yang penting ialah didikan yang diberikan oleh fikiranmu sendiri yang waras
pada dirimu ...”
(Halaman 212)
Selain itu, sebagai anak yang turut sama merasai kegersangan kasih sayang yang
sebenarnya dari seorang ibu, lantaran sikap ibunya yang begitu garang,
menasihati adik-adiknya:
“... Dan kelak, didiklah anakmu sebagaimana anak
manusia harus dididik. Ibu adalah alam tersendiri buat manusia...”
(Halaman 214)
Hal ini menunjukkan pandangan hidup masyarakat pada waktu
ini ialah betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Hanya dengan ilmu, dapat
mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Budaya menghormati orang yang lebih tua ditekankan dalam novel “Keluarga
Gerilya” ini. Mentaati ibu bapa adalah satu kewajipan. Setiap anak
wajib berbakti dan mentaati ibu bapa. Pandangan hidup telah meletakkan ibu bapa
pada kedudukan yang paling tinggi. Contoh petikan menunjukkan bahawa Sa’aman
selaku anak kepada Amilah dan abang yang bertanggungjawab sentiasa menasihati
adik-adiknya agar menghormati ibu mereka. Walaupun ibu mereka agak garang,
tetapi sebagai anak mereka wajib mentaati dan mematuhi segala permintaan ibu
mereka.
“Mak, katanya, “Kak Aman bilang padaku, bahawa aku
harus menghormati dan menghargai orang tua – menghormati dan menyayangi emak .
(Halaman 10)
Akhir sekali, sifat bertanggungjawab setiap perkara yang dilakukan. Hal ini
menjelaskan pandangan hidup seseorang yang benar-benar memiliki perasaan
tanggungjawab yang tinggi sanggup mengetepikan kesenangan peribadi. Contohnya,
Sa’aman menyatakan bahawa:
“orang
berjuang untuk membebaskan tanah air dan bangsanya dari diperbudakkan adalah
sesungguhnya lebih suci daripada orang yang belum pernah berdosa selama
hidupnya, malah lebih suci daripada orang yang pulang naik haji dengan serban
setebal gendang, juga lebih suci daripada orang yang seumur hidupnya hanya
bersembahyang kerjanya. Kerana mereka itu mencari syurga hanya untuk dirinya
sendiri, tetapi orang berjuang adalah menyediakan syurga untuk berpuluh juta
manusia bangsanya”.
Hal ini kerana perasaan tanggungjawab inilah hukuman terhadap perbuatannya
membunuh seramai lebih dari lima puluh enam orang militer diterimanya dengan
lapang dada. Dia memang rela untuk mati digantung atau ditembak atau dipancung.
FALSAFAH
PENGENALAN
Dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Bimbingan Istilah
Sastera’ terdapat definisi falsafah, iaitu pemikiran yang bersandar kepada
prinsip-prinsip dan kebenaran yang ditemui daripada pencarian yang menggunakan
akal. Seorang tokoh falsafah Syed Muhammad Naquib al-Attas sering menemukan
prinsip-prinsip baru daripada pencarian kebenaran berdasarkan ilmu agam. Karya
Pramoedya Ananta Toer ini menunjukkan pelbagai jenis isi tersurat dan isi
tersirat. Hal ini kerana karya tersebut mempunyai keindahan falsafah, keindahan
perjuangan, keindahan pusara dan kayu nisan, keindahan darah, keindahan cinta
dan sejuta keindahan yang lainnya.
Antara
falsafah yang dapat dikaji dalam karya tersebut adalah seperti berikut:-
Falfasah kemanusiaan
Bermaksud mengenali
manusia daripada sisi subjektif manusia dan pengalamannya sebagai pusat rasa
ingin tahu dan rasa menghargai. Berpendapat bahawa seseorang individu:
- Saling berkongsi dalam keupayaan untuk
berfikir kreatif dalam mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang
dihadapi.
- Berusaha untuk mencapai tujuan tertentu dan
bukan sekadar memenuhi hokum aksi-reaksi.
- Berjuang untuk mempertahankan integrity dan
mempunyai hubungan dengan orang lain veritivity (prinsip alamiah manusia
yang mempertegas tujuan umum keberadaban manusia).
Contoh yang dapat
dilihat mempunyai falsafah kemanusiaan adalah seperti berikut:
1. Contoh
petikan menunjukkan bahawa Sa’aman selaku anak kepada Amilah dan abang yang
bertanggungjawab sentiasa menasihati adik-adiknya agar menghormati ibu mereka.
Walaupun ibu mereka agak garang, tetapi sebagai anak mereka wajib mentaati dan
mematuhi segala permintaan ibu mereka.
“Emak, aku ingin sekali melaksanakan apa yang
sudah dikatakan dan dijalankan oleh Kak Aman – adik-adik harus disekolahkan
terus. Dan aku sangggup. Aku tamatan sekolah rakyat. Aku bisa baca-tulis. Dan
aku bisa juga bicara Belanda. Dan selama ini Kak Aman turut mengajar aku juga.
Mengapa aku takkan sanggup membelanjai keluarga kita? Hanya saja aku tak punya
pakaian. Tapi pakaian bagus tak begitu perlu untuk kerja di bagian menempelkan
etiket dan melipat kertas. Kawanku si Jaja sudah menjanjikan. Atau aku kerja
saja di pabrik sabun? Asal emak memberi izin-Mak, berilah aku izin. Izin saja,
mak?”
(Halaman
11)
2.
Falsafah kemanusiaan turut menekankan konsep hormat-menghormati
orang yang lebih tua kerana pandangan hidup telah meletakkan ibu bapa pada
kedudukan yang paling tinggi.
Contoh
petikan menunjukkan bahawa Sa’aman selaku anak kepada Amilah dan abang yang
bertanggungjawab sentiasa menasihati adik-adiknya agar menghormati ibu mereka.
Walaupun ibu mereka agak garang, tetapi sebagai anak mereka wajib mentaati dan
mematuhi segala permintaan ibu mereka.
“Mak, katanya, “Kak Aman
bilang padaku, bahawa aku harus menghormati dan menghargai orang tua –
menghormati dan menyayangi emak .
(Halaman 10)
“Dan kata Aman
selanjutnya,” ia menyambung bisikannya mengulangi kata-kata Sa’aman, ‘aku tahu
juga, engkau akan mendapat kesulitan dari emak. Tapi, jangan takut Amah, semua
harus kau kerjakan. Engkau dan Imah. Dan jangan lupa – hormati dan hargai
selalu emaknya yang sudah tua itu. Jangan sakiti hatinya.”
(Halaman 15)
3.
Sifat bertanggungjawab
setiap perkara yang dilakukan. Hal ini menjelaskan pandangan hidup seseorang
yang benar-benar memiliki perasaan tanggungjawab yang tinggi sanggup
mengetepikan kesenangan peribadi. Contohnya, Sa’aman menyatakan bahawa:
“orang
berjuang untuk membebaskan tanah air dan bangsanya dari diperbudakkan adalah
sesungguhnya lebih suci daripada orang yang belum pernah berdosa selama
hidupnya, malah lebih suci daripada orang yang pulang naik haji dengan serban
setebal gendang, juga lebih suci daripada orang yang seumur hidupnya hanya
bersembahyang kerjanya. Kerana mereka itu mencari syurga hanya untuk dirinya
sendiri, tetapi orang berjuang adalah menyediakan syurga untuk berpuluh juta
manusia bangsanya”.
4.
Hal ini kerana perasaan
tanggungjawab inilah hukuman terhadap perbuatannya membunuh seramai lebih dari
lima puluh enam orang militer diterimanya dengan lapang dada. Dia memang rela
untuk mati digantung atau ditembak atau dipancung. Dalam keadaan yang sukar
Sa’aman masih mampu untuk menyuarakan isi hatinya bahawa:
“... Dosaku
banyak. Lebih dari lima puluh ku bunuh – ku hancurkan sumber penghasilan
keluarganya. Tapi kerana aku merasa bertanggungjawab atas segala perbuatanku –
atas segala dosaku, aku serahkan semuanya itu kembali kepada Tuhan”.
(Halaman 130)
5.
Walaupun meninggal dalam
peperangan dan pertempuran, seseorang itu berkelakuan aneh, tidak seperti
biasa. Hanya orang terdekat sahaja dapat merasainya seperti kawan baik dan ahli
keluarga yang sudah mengenali sikap dan perangai seseorang.
“Ya, pak. Sebelum guru dia
jadi pendiam. Dalam sehari sebelum guru itu tak sepatahpun dia mengeluarkan
suara. Di dapur umum dia makan diam-diam saja. Cabe rawit sekepal
dihabiskannya. Dan kalau ada orang mendekat mau mengganggu atau mengajak
bercanda dia pergi menjauh sorder bilang apa-apa. Kemudian dadanya hancur kena
pecahan mortir di pertempuran Cibarusa – belah – tepat kena dadanya…”
(Halaman 43)
6.
Beberapa minit sebelum
Kartiman meninggal dunia, dia berpesan kepada abangnya, Canimin supaya
sampaikan salam kepada ibu dan adik-beradiknya serta memohon maaf kepada mereka
atas kesalahannya. Ternyata dia telah mendapat firasat akan datangnya kematian.
“Kak Mimin -, kelak
sampaikan salam pada emak. Pak Kak Aman. Pada Amah. Pada Imah. Pada Mimi. Pada
Hasan. Dan Ratni – pelihara dia baik-baik. Dan maafmu untukku. Dan maafku
untukmu. ..”
(Halaman
45)
FALSAFAH PENGORBANAN
Falsafah tentang
pengorbanan turut dilihat dalam karya tersebut. Pengorbanan yang bermaksud
suatu tindakan atau kerelaan seseorang tentang sesuatu perkara yang
kebiasaannya ditunjukkan kepada seseorang yang mmempunyai tujuan atau makna
dari tindakannya dalam bentuk pertolongan dan tidak mengharapkan apa-apa
balasan daripada tindakan tersebut dan ikhlas semata-mata kerana negara dan
Tuhan.
1.
Situasi berikut dapat dilihat pada watak Sa’man, seorang tukang
beca adalah bekas prajurit dalam kelompok gerilya yang memperjuangkan kebebasan
dan kemerdekaan tanah airnya. Walaupun Sa’man telah ditangkap oleh pihak
Belanda dan akan dijatuhkan hukuman mati, dia tetap enggan meminta keampunan
daripada penjajah Belanda malah meminta untuk mempercepatkan hukuman mati ke
atas dirinya.
“Revolusi menghendaki segala-galanya… Menghendaki kurban yang
dipilihnya sendiri. Demikian hebatnya revolusi. Kemanusiaanku kukorbankan. Dan
sekarang ini… jiwa dan ragaku sendiri. Demikianlah paksaan yang kupaksakan pada
diriku sendiri. Kupaksa diriku menjalani kekejaman dan pembunuhan agar orang
yang ada di bumi yang kuinjak ini tak perlu lagi berbuat seperti itu… agar
mereka itu dengan langsung bisa menikmati kemanusiaan dan kemerdekaan.”
2.
Dalam petikan berikut
pengorbanan masyarakat pada waktu itu yang memiliki semangat sangat tinggi
untuk mempertahankan tanah air sehingga sanggup diseksa, malah berkorban nyawa
demi memastikan negara dalam keadaan yang aman damai.
Patriotisme atau semangat cinta akan tanah air merupakan pemikiran utama yang
terdapat dalam karya Keluarga Gerilya karangan Pramoedya Ananta Toer ini.
Karya ini memperlihatkan masyarakat pada zaman tersebut yang memiliki semangat
yang sangat tinggi untuk mempertahankan tanah airnya. Mereka sanggup
diseksa, malah berkorban nyawa demi memastikan negara berada dalam keadaan yang
aman dan damai. Hal ini dapat dilihat dalam bab “Aku Tidak Jijik Melihat
Tuan” pada muka surat 157 sebagaimana berikut:
“Tuan tidak pernah lalu,
bagaimana satu keluarga hancur kerana mempertahankan tanahairnya.
Hancur! Hancur seperti serumpun bambu habis dimakan api. Tuan belum
pernah lihat betapa seorang nenek-nenek memanggul senjata mempertahankan
tanahairnya. Tuan pasti belum pernah melihat kanak-kanak dari tujuh tahun
menggeranati konvoi Inggeris, kerana ibu bapaknya dibakar-bakar hidup oleh apa
yang dinamainya musuhnya. Semua itu pernah ku lihat di sini – di Jakarta
tahun empat lima”.
(Halaman 157)
Berdasarkan petikan di atas, dapatlah dilihat
masyarakat pada waktu itu yang sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk
mempertahankan tanah air yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada
kanak-kanak mahupun orang tua.
3.
Selain itu, pengarang juga
mengetengahkan pemikiran atau mesej tentang ketelusan dan kejujuran.
Pemikiran ini boleh dilihat daripada watak Kartiman yang jujur dan telus dalam
menjalankan amanahnya sebagai koperal pasukan Gerilya. Buktinya, beliau telah
membunuh bapanya sendiri yang menyokong dan menjadi tali barut pihak musuh meskipun
dengan perasaan yang sangat berat untuk melakukannya. Hal ini dapat
dibuktikan melalui petikan dialog di bawah:
“Aku bilang, jangan
turutkan perasaanmu yang bukan-bukan itu,” kata Kopral Canimin. “Engkau
perajurit yang baik dan berdisiplin. Kalau bapakmu sendiri menggabungkan diri
dengan musuh dan musuh itu jualah yang mau membunuh kita-kita bersama-siapa
lagi yang harus memberesi bapakmu kalau bukan engkau sendiri? Engkau harus
berfikir begitu. Maman! Cuba, sekiranya bapakmu jatuh ke tangan pasukan
lain-akan lebih sengsara matinya. Cuba, kalau dia dibamburuncing orang-”.
(Halaman
29)
4.
Akhir sekali, pemikiran
yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam karya ini adalah pembelotan
terhadap tanah air si pembelot itu sendiri. Hal ini dapat ditinjau melalui
watak Paijan, iaitu bapa kepada Kartiman, Canimin, Sa’aman dan adik-adiknya
yang lain telah berkhidmat dengan pihak musuh, iaitu Nica yang merupakan
pasukan musuh Belanda. Buktinya boleh dilihat berdasarkan petikan di
bawah:
“Ingeris mendarat. Nama
Nica ribut disebut oleh tiap mulut. Disebut oleh anak-anak, oleh orang dewasa.
Oleh orang tua, oleh bayi-bayi yang sedang belajar bicara. Nama itu tak ubahnya
dengan nasi yang teramat sulit di waktu itu. Dan sebulan sesudah itu
pertempuran mulai mengamuk di seluruh kota Jakarta. Dan pada suatu hari-hari
yang takkan bisa ia lupakan – bapaknya, Kopral Paijan, pulang ke rumah. Ia
diantarkan oleh truk dan banyak barang dibawanya dengan truk itu.”
(Halaman
40)
Disebabkan Paijan ini
membelot dan berada di sebelah pihak musuh, maka dia telah diberikan ganjaran
yang berupa harta benda yang sangat banyak. Justeru, Paijan berasa sangat
gembira dan bangga dengan pangkat yang diperolehinya daripada pihak Belanda
tersebut.
No comments:
Post a Comment